Pelakon jelita Fasha Sandha mengakui sudah membuat persiapan baju raya keluarganya menjelang sambutan Aidilfitri tahun hadapan. Jelas Fasha yang memilih butik Al Faro, sebahagian daripada tugasnya untuk menyediakan kelengkapan keluarga untuk lebaran sudah selesai. “Al Faro selalu tampil dengan rekaan baju berkualiti dan mengikut trend. Tambah pula ia sangat nyaman dipakai. Apa lagi… saya pun ambil peluang ini untuk buat persiapan awal Raya tahun depan dengan menyediakan baju-baju Raya buat keluarga. Selesai satu tugasan saya.
Maklumlah, penggambaran pun tanpa henti, jadi saya risau saya terlepas pandang untuk persiapan baju Raya,” tuturnya yang turut dilantik sebagai duta jenama berkenaan. Melanjutkan bicara, ditanya sebagai pelaris apa saja jenama yang menyambar, Fasha menyifatkan dia hanya memberi komitmen sepenuh hati kerana turut teruja dalam membantu membangunkan perniagaan yang diwakilinya. “Jika orang kata produk yang saya pegang akan laris, syukur Alhamdulillah. Sebagai duta, seperti biasa saya akan beri lebih 100 peratus komitmen. Saya seorang yang ‘all out’ dan pada saya bila kita tak kedekut dan bahi lebih daripada sepatutnya, ia adakah perkara yang terbaik untuk jenama itu sendiri.
“Saya mahu bekerjasama dengan jenama yang saya wakili itu bersungguh-sungguh dan secara tak langsung kita sukses bersama,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Al Faro terus melangkah kehadapan dengan mengumumkan pembukaan cawangan baru Al Faro Mall di Johor Bahru. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AL FARO, Farooq Ahmed Khan, langkah perluasan ini merupakan strategi Al Faro dalam memperluaskan perniagaan yang dibina sejak tahun 2007 dan terus memberi akses mudah kepada pelanggan yang menyediakan barangan harga mampu milik.
“Kami amat gembira dengan pembukaan cawangan baharu ini kerana secara tidak langsung ia memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi secara dekat dengan pelanggan di pelbagai lokasi. Dan seperti semua tahu, komitmen kami adalah dengan menyediakan produk berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan serta memberi pengalaman beli-belah yang terbaik,” katanya. Terdahulu, AL FARO terpilih sebagai pemenang Asia Pacific Enterprise Awards 2023 dalam kategori Fast Enterprise Award. Ia adalah kejayaan kedua AL FARO selepas meraih Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) pada tahun lalu.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.