Pelakon Rita Rudaini bersyukur dirinya masih lagi bebas daripada wabak Covid-19 sejak ia mula tular meskipun tidak pernah mengambil suntikan vaksin seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini. Menerusi InstaStory pelakon itu, dia meluahkan rasa syukur kerana dirinya masih belum demam biarpun telah berkali-kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Alhamdulillah, sejak penyakit (Covid-19) melanda, sampai PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan sampai sekarang ini, saya tak pernah lagi demam. Syukur, alhamdulillah,” luahnya di InstaStory. Seloroh pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar, dirinya telah pun berkongsi petua dan amalan yang diamalkan olehnya sewaktu namanya menjadi bualan panas warganet kerana lantang membahaskan isu vaksin.
Selebriti kelahiran Perlis Indera Kayangan ini memuat naik hantaran tersebut selepas berkongsi mengenai topik pelaksanaan program imunasasi dos penggalak vaksin Covid-19 dalam masa terdekat, terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi. Hari ini, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly berkata, berkemungkinan pihaknya bakal mengeluarkan arahan untuk menggalakkan pengambilan dos ketiga dalam masa terdekat. Bagaimanapun, Rita memuat naik kenyataan seakan mempersoalkan keberhasilan vaksin Covid-19 sebagai langkah penjagaan untuk melindungi orang ramai.
“Dulu pun kata boleh melindungi. Hat (yang) ambil ramai pula yang kena Covid-19 kan. Yang baru ini pula, skrip yang sama melindungi,” soalnya. Untuk makluman, Rita Rudaini merupakan antara selebriti yang agak lantang membahaskan perihal pengambilan vaksin ini dan dia menjelaskan lebih memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara mengambil makanan-makanan sunnah berbanding menerima suntikan vaksin Covid-19. Dia juga tidak kisah digugurkan daripada beberapa tawaran kerja kerana percaya bahawa rezeki ada dimana-mana dan sudah ditentukan oleh Allah S.W.T.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.