PELAKON Puteri Sarah Liyana rasa seperti ditkm selepas mendengar nasihat daripada aktor asal Indonesia Andi Arsyil yang mahu dia berubah menjadi insan lebih baik. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata, Andi juga meminta dia menjadi seorang yang lebih pemaaf selain tinggalkan semua perkara toksik dalam hidupnya. Jelasnya, apa yang dinasihatkan Andi itu sebenarnya berbeza dengan sikap dia yang sebenar. “Sakit hati juga bila AA (panggilan Andi) kata cuba jadi baik, saya rasa macam kena tkm.
Itu bukan diri saya, tapi tidak mengapa kita cuba. Big bos AA kata tahun 2024 ini saya kena cuba jadi orang yang baik-baik, pemaaf dan berjaya selain tinggalkan semua yang toksik,” katanya. Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi video siaran langsung di laman sosial miliknya pada Isnin dan memberitahu akan cuba menjadi manusia lebih baik selepas ini. Dalam pada itu, pengikut pelakon berkenaan memuji sikap Andi yang sentiasa mendorong Puteri Sarah ke arah kebaikan dan bukannya menjadi ‘api’ dalam mendorongnya melakukan perkara tidak baik.
Komen warganet lagi, Andi seorang rakan yang baik buat Sarah dan berharap kedua-dua mereka bertemu jodoh suatu hari nanti. “Bagus AA ajar Puteri Sarah jadi orang penyabar dan baik hati… Insya-Allah rezeki dia sentiasa melimpah ruah. “Puteri Sarah memang baik orangnya cuma nak jadi sabar sangat sukar dan mencabar. Perlukan sokongan orang sekeliling. “Kami percaya Puteri Sarah boleh jadi seperti AA katakan dan bertuah ada seseorang sentiasa beri nasihat dan semangat,” komen warganet.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.