MEMBERI bayangan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, pelakon dan pengacara Izzue Islam dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang gembira dengan perkhabaran tersebut. Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, bagaimanapun menjelaskan kata-kata ‘road to bertiga’ sekadar azam bagi permulaan tahun 2024 bersama isteri iaitu Awin Nurin. “Belum lagi, itu adalah azam. Setiap kali masuk tahun baru itulah doa dan azam saya serta isteri.
“Setiap tahun azam yang sama sebab tahun lepas masih lagi berdua. Cuma harapkan tahun ini ada rezeki anak. Tapi kalau tak ada rezeki anak pun saya dan Awin bahagia saja,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Dalam pada itu, Izzue memaklumkan dia tidak pernah mengambil anak angkat seperti diperkatakan segelintir pihak sebelum ini. Sebaliknya kanak-kanak di dalam videonya sebelum ini merupakan anak saudaranya.
“Ambil anak angkat pun tidak lagi, mungkin ada warganet salah faham dengan video itu. Itu video lama, budak dalam video itu anak saudara saya dan dia sekarang pun dah berumur empat tahun,” jelasnya. Sepuluh tahun mendirikan rumah tangga, Izzue dan isteri masih belum berputus asa mendapatkan cahaya mata malah sudah mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Antara saranan diberikan adalah dengan mengurangkan waktu kerja dan menjaga kesihatan sebagai antara usaha mendapatkan zuriat.
“Kami ada buat pemeriksaan dengan doktor tapi dia pun kata kami tiada masalah mungkin belum rezeki. Boleh jadi juga sebab sibuk berkerja sampai tidur tak menentu. Kalau nak buat rawatan persenyawaan in vitro (IVF) memang kami kena bercuti dan berehat. Makan dan kesihatan memang kena jaga dengan baik,” kongsinya. Sebelum ini, tular di media sosial video Izzue bersama isterinya Awin membeli barang keperluan mereka di sebuah pasaraya. Namun ruangan kapsyen aktor berkenaan seakan memberi bayangan dirinya bakal bertiga tidak lama lagi.
“2023 dan masih berdua. Walau ada parau perih tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya untuk tahun ini. Assalamualikum 2024, bismillah #roadtobertiga,” ujarnya. Untuk rekod, Izzue bernikah dengan Awin Nurin yang juga pengurusnya pada Jun 2013. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.