Tindakan kakak kepada usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila menimbang juadah makanan sebelum makan telah menjadi perhatian warganet. Menerusi video yang dimuat naik oleh Rosix Omar, kelihatan banyak lauk-pauk yang terhidang di atas meja serta alat penimbang makanan milik Nabila. “Dia nak makan dia kena ada penimbang. Dia kena timbang hari ini dia makan berapa banyak.” Ibu kepada Jebat Jayden tersebut kemudian mengambil isi ikan lalu diletakkan di atas penimbang dan mengira berat lauk tersebut. Klik sini untuk lihat video.
Selain itu, antara yang menarik perhatian warganet adalah kuantiti nasi yang dimakan oleh Nabila. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Nabila yang sangat disiplin dalam setiap pengambilan makanan dan menjadi faktor dia memiliki tubuh badan yang langsing. “Bagusnya dia, aku guna aplikasi je kira kalori tak rajin sampai timbang. Betul dah tu suku-suku separuh, untuk kesihatan. Makan meningkat usia kena kurangkan makan.
Sebab tu dia cantik, tak ada tips letak penimbang je. Betul-betul kira kalori, aku kira guna mata je patut tak kurus. Tengok pula macam mana dia punya cantik, ‘beauty is pain’. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.