Sebelum ini perniagaan yang dijalankan oleh pelawak, Shuib berdepan dengan isu lewat membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kakitangannya, bagaimanapun ia tidak mematahkan semangat Shuib untuk meluaskan empayar perniagaannya itu. Kini, Kosmo! melaporkan bahawa Shahmira Muhammad, 40, membuka restoran House Of Patin di Jalan Kampung Hulu, Melaka. Jelasnya restoran tersebut merupakan perniagaan bersama dua lagi rakan kongsi Max Koh dan Ahmad Daniar, yang merupakan pengasas House Of Patin-Restoran Lipis di Kuala Lumpur.
Menurut Shuib, dia dah membuat perancangan dan perbincangan untuk membuka restoran tersebut sejak tahun lepas selepas Daniar berhasrat untuk menambah cawangan di negeri lain. “Saya sudah lama kenal Daniar, tekak pun dah lima tahun asyik makan patin tempoyak restorannya jadi memang sentiasa cari peluang untuk bekerjasama. Kedai ni memang kita bawa menu asal House Of Patin-Restoran Lipis dengan seleksi ikan jenis biasa sehingga ‘kayangan’.”
Ketika ditanya berkenaan dengan keyakinannya dalam industri ini selepas terpalit dengan isu lewat bayar KWSP pekerjanya pada November lalu, Shuib mengatakan dia ambil pengajaran daripada kelemahan pengurusan pihaknya itu. “Kita belajar daripada apa yang mungkin tidak ‘proper’, ada kesilapan atau terlepas pandang, kita terus bergerak ke depan.” Tambah Shuib lagi, dia akan teruskan selagi mana dia rasa buat benda yang betul, jelasnya, dugaan itu biasa dan ia sentiasa ambil pengajaran daripada apa yang berlaku.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.