Syukur rumahtangga tak diganggu orang ketiga, Shukri Yahya kongsikan rahsia rumahtangga bahagia

SERING dilihat sebagai suami contoh, pelakon Shukri Yahaya berkongsi caranya mengekalkan keharmonian rumah tangga. Shukri, 36, memberitahu komunikasi dan sentiasa bersikap terbuka merupakan kunci kebahagiaannya bersama isteri tercinta iaitu Tya Adnan. “Saya lebih bersikap terus terang dengan isteri saya… bila saya balik dari penggambaran saya akan cerita kepada dia. Bila saya tak ada dekat rumah… dia tahu apa saya buat. Kadang saya ambil gambar hantar dekat dia supaya dia selalu tahu apa berlaku di set.

“Kalau boleh saya tak nak buka ruang untuk dia salah faham. Dia lebih tahu daripada orang lain,” katanya. Dalam pada itu, Shukri turut meluahkan rasa syukur rumah tangganya tidak diganggu orang ketiga. Buat masa ini tiada orang yang datang untuk menghimpit saya,” ujarnya. Kerjaya sebagai pelakon yang sering bekerjasama dengan ramai aktres lain, Shukri berkata dia berusaha mengelakkan diri daripada berhubung atau berbalas mesej dengan rakan gandingan di luar waktu kerja.

Malah jika memerlukan keserasian bersama, dia lebih selesa perkara itu dilakukan di set penggambaran. “Nak elakkan perkara ini biasa saya takkan mesej di luar waktu kerja… setakat di set penggambaran saja. Memang takkan bermesej atau apa… saya tak izinkan perkara itu berlaku. Bila dekat set saya memang suka bergurau tapi habis setakat itu saja,” kongsinya. Untuk rekod, Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 di Masjid Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena, 8, dan Maleew Miqayl, 4.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version