Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal memilih isteri kepada Aslam iaitu Misya Mazlan sebagai wajah untuk koleksi tudung terbaru jenama Wawa Scarves selama tiga bulan. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Wawa memuji kecantikan dan sifat peribadi Misya yang disifatkan seorang yang lemah lembut. “Alahai so sweet dia (Misya) ini . Cantik dan lemah lembut.” Dalam video yang dimuat naik, Wawa dan Misya berjalan berpimpin tangan sambil menggayakan koleksi tudung terbaru yang difahamkan sudah dilancarkan dalam sebuah majlis pada Ahad. Klik sini untuk lihat video.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin yang berkongsi rezeki dengan Misya tatkala rumah tangganya sedang diuji sekarang ini. Selain itu, peminat juga meluahkan rasa tidak sabar untuk membeli tudung edisi kali ini sebagai tanda sokongan terhadap wanita teraniaya. Terdahulu, anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan Aslam, yang merupakan suami kepada Misya Mazlan.
Marissa yang didakwa merupakan isteri kedua Aslam didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga Marissa dan isteri pertama Aslam. Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.