Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous memberitahu tidak pernah memeriksa privasi suaminya, Datuk Mohd Zhafran Md Yusof selama lebih daripada 10 tahun berkahwin. Menerusi temu bual di TikTok Majalah Wanita, dia meletakkan kepercayaan kepada pasangannya dan perlu tahu tanggungjawab masing-masing. “Saya tak pernah periksa telefon Zhaf. Saya bukan seorang yang menyibuk dengan privasi suami sendiri. Saya hidup berteraskan kepercayaan dan nak hidup dengan tenang. Yang saya tahu, suami saya ada dengan saya. Dia ada bila saya perlukan dia. Dia kena tahu tanggungjawab dia sebagai suami dan saya tahu tanggungjawab saya sebagai isteri.
Bila kita saling memerlukan dia sentiasa ada dan kami kena tahu bahagian masing-masing. Apa lagi saya nak cari masalah. Saya selalu berdoa kepada Allah agar rendahkan ego saya terhadap suami dan sentiasa istiqamah. Saya dan Zhaf setiap minggu kami ada kelas suami isteri untuk peringatan masing-masing.” Menurutnya, dia dan suami masih belajar tentang ilmu agama pada setiap minggu sebagai peringatan buat mereka berdua. “Sebenarnya hidup kita ni kena sentiasa ‘back to basic’ untuk tidak lalai sebab itu kita kena ada circle yang baik. Setiap hari Isnin malam adalah untuk kami bersama-sama dengan guru.
Banyak kami belajar ilmu buku, hadis jadi benda itu boleh mengingatkan kami berdua. Saya tak nak isteri je pergi kelas agama atau suami je pergi kelas agama.” Mengulas tentang isu orang ketiga dalam hubungan rumah tangga, Fouziah akui tidak suka untuk memikirkan hal negatif demi menjaga keamanan dirinya dan keluarga. “Saya tak boleh nak fikir penyondol, saya pun tak suka nak sebut ayat itu sebab rasa terlalu kasar. Saya tak ada hak untuk komen situasi orang dan menyalahkan sesiapa sebab kita tak tahu perkara sebenar yang berlaku.
Saya tak suka mengulas tentang hal orang. Itu antara yang boleh beri keamanan kepada kita dan keluarga. Kalau minda kita clear, Insya-Allah baik. Kalau kita asyik fikir buruk tentang suami, ia seakan kita merosakkan sistem di kepala. Saya memilih ketenangan. Saya tahu bila saya perlukan dia ada, itu sahaja. Jadi saya tiada keraguan di situ. Saya percaya pada dia dan yang paling penting kita dah buat yang terbaik. Kita jangan lah fikir benda-benda negatif sebab kita akan tarik negativiti dalam diri.”
Untuk rekod, Fouziah dan Zhafran mendirikan rumah tangga pada 21 September 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zeeshan Yusuf, 9, dan Zaheen Yusof, 7. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.