Kongsikan gambar termenung di pintu mahkamah, akhirnya Datuk Red tampil bersuara lepas beberapa hari berpisah

Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red akhirnya memberikan kenyataan selepas sah berpisah talak satu pada Selasa. Menerusi hantaran di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, 45, berkata dia akan bangkit semula demi meneruskan kehidupan selepas diuji dengan pelbagai ujian. “Saya akan bangkit semula, doakan saya.” Dalam perkongsian sama, Datuk Red menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus memberikan kata-kata semangat untuknya.

“Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berikan kata-kata semangat untuk saya. Saya tidak akan mengalah.” Sementara itu, Datuk Red turut memuat naik foto memperlihatkan dia sedang duduk di atas kerusi sambil termenung ketika berada di luar mahkamah. Terdahulu, Datuk Red yang ditemui sejurus selesai proses lafaz talak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Rawang enggan memberi kenyataan kepada pengamal media.

Bapa kepada 11 cahaya mata itu kelihatan sugul dan hanya mengukir senyuman di bibir sebelum pergi meninggalkan perkarangan mahkamah. Pada Selasa lalu, Adira dan Datuk Red sah berpisah talak satu selepas lafaz talak dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi. Sementara itu, Datuk Red ketika prosiding sedang dibacakan kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang.

Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red. Terdahulu, Adira memfailkan perpisahan terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023. Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version