Minta tolong sehari sebelum kejadian helikopter terhempas, tiktokers dedah mendiang Joanna Felicia kena tipu dengan ibu kutu emas

Seorang kenalan dedah Joanna Felicia kena scm sewaktu bermain kutu bersama satu kumpulan di media sosial berkaitan emas. Susulan daripada itu pengguna media sosial yang mengenalkan diri sebagai suami kepada Jira iaitu kenalan kepada mendiang telah bersuara meminta agar individu yang menipu tersebut segera mengembalikan duit Joanna Felicia. Ujar lelaki itu, isterinya ada menghubungi wanita yang dikenali sebagai ‘Kak Iena’ untuk meminta dia mengembalikan wang tersebut, namun individu itu mahu menyelesaikannya sendiri kepada ahli keluarga mendiang. Klik sini untuk lihat video.

Beberapa tangkapan layar perbualan WhatsApp antara pengguna TikTok tersebut dengan ‘Mak Kutu’ berkenaan juga ditunjukkan dan kelihatan tiada sebarang respon selepas digesa untuk membayar duit tersebut. Jelas lelaki itu lagi, dia berusaha untuk mendapatkan kembali duit mendiang berikutan permintaan tersebut adalah antara yang terakhir sebelum kejadian helikopter terhempas itu berlaku pada Selasa lalu sehingga mengrbnkn 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Tegasnya, dia dan isteri sama sekali tidak akan mengambil duit tersebut kerana sudah memegang amanah itu dan akan segera memberikan duit kutu berkenaan kepada keluarga mendiang untuk anak-anak yang ditinggalkan. Jadi, mereka suami isteri menggesa agar ‘Mak Kutu’ tersebut segera membayar duit-duit milik mendiang kerana tuan empunya diri sudahpun meninggal dunia.

Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, ramai yang berkongsi pengalaman yang hampir sama apabila terlibat dengan kutu emas yang dimaksudkan. Ada diantara mereka mengatakan tidak mendapat sebarang emas atau duit sejak hujung tahun lalu sedangkan tiap bulan membayarnya.

Diharap isu ini dapat diselesaikan lebih-lebih lagi mengenangkan anak-anak mendiang yang masih kecil dan pastinya memerlukan biaya bagi meneruskan kehidupan. Terdahulu, 10 anggota TLDM telah disahkan meninggal dunia susulan helikopter yang dinaiki mereka berlaga sesama sendiri sebelum terhempas di Pengkalan TLDM, Lumut. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 9.30 pagi sewaktu raptai Perbarisan Sambutan Hari TLDM yang ke-90.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version