PELAKON dan penyanyi Bella Astillah mempunyai bukti menunjukkan suaminya Aliff Aziz pernah berkunjung ke kediaman Ruhainies lebih daripada lapan kali sebelum dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 9 Mac lalu. Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, dia mempunyai bukti itu kerana kenderaan yang digunakan Aliff dilengkapi Sistem Pengesanan Global (GPS). “Saya tidak pernah kongsi di Instagram kereta yang Aliff guna adalah hadiah pemberian saya dan ia dilengkapi GPS.
“Saya bukan pasang untuk jejak keberadaan Aliff sebab saya percaya semua kereta pun ada GPS untuk kesan kalau kereta hilang atau sebagainya,” katanya. Cerita Bella, sebelum ini dia tidak pernah membuka GPS namun tergerak hati memeriksa keberadaan Aliff selepas pelakon itu jarang pulang ke rumah. Aliff juga menunjukkan perubahan ketara sejak memasuki set penggambaran drama bersiri Terjerat bersama Ruhainies namun dia tidak mengesyaki apa-apa kerana aktres itu adalah rakan baiknya.
“Aliff kerap tak balik rumah tapi saya tak pernah kongsi di Instagram. Saya perasan suami berubah sejak dia jalani penggambaran dengan Ruhainies. Orang di set penggambaran juga ada cakap mereka rasa Aliff dan Ruhainies seperti ada sesuatu tapi saya tak percaya sebab Ruhainies adalah kawan baik saya. Ada juga yang terlepas cakap kata dia panggil Aliff ‘baby’… Ruhainies sahabat saya yang sentiasa dengar keluhan saya malah kami pernah ke Korea sama-sama dan duduk sebilik!
Jadi pada saya itu mustahil. Kakak Angkat dan adik saya Didi Astillah juga cakap benda sama selepas tengok Instagram mereka rasa macam ada sesuatu tapi saya kata tiada apa. Jangan buat saya berfikiran negatif,” ujarnya. Bagaimanapun kata Bella, segala penipuan Aliff dan Ruhainies akhirnya terbongkar apabila dia menguji mereka apabila dia menelefon Ruhainies untuk bertanya tentang Aliff. Kata Bella, Ruhainies berpura-pura terkejut apabila dia bertanya tentang keberadaan Aliff walaupun sudah dapat mengesan suaminya di kediaman aktres itu menerusi GPS.
Malah aktres itu tergamak menipu tentang lokasi sebenar kediamannya bagi mengelak rahsia mereka terbongkar. “Aliff sebenarnya sudah ke Pavilion Suite (tempat tinggal Ruhainies) lebih daripada lapan kali. Kalau pun kata saya nak perangkap mereka, kenapa saya tak buat pada kali ketiga mereka bertemu? Apabila Aliff tak pulang ke rumah saya akan mengadu kepada ibu mentua… Saya beritahu dia sebab nak selamatkan Aliff dari pergi ke rumah Ruhainies sebab saya tahu siapa dibelakangnya.
Siapa orang yang ‘jaga’ dia dan kita tidak tahu orang yang menjaganya ada dendam atau sebaliknya. Jadi saya selalu takut bila Aliff tak balik rumah. Bila saya sangsi dan kesan dia ke Pavilion Suite, saya telefon Ruhainies dan dia buat-buat terkejut… Saya bukan sekadar cakap tapi ada bukti. Dia kata dia tak tahu (di mana Aliff) dan rupanya bila saya kesan GPS, mereka ada bersama. Dia tipu saya kata dia tinggal di Four Season. Kalau betul dia sahabat saya, dia patut beritahu tempat tinggalnya,” katanya.
Tidak hanya GPS, Bella memberitahu memiliki bukti perbualan tidak senonoh pasangan pelakon itu yang di rakam alat perakam suara di dalam kenderaan Aliff. Bukan itu sahaja, dia juga memiliki beberapa rakaman yang diperoleh daripada pihak tertentu dan akan dijadikan bukti semasa perbicaraan di mahkamah kelak. “Sejak Aliff tunjuk perubahan sikap, saya letak perakam suara di dalam kereta… Saya nak cakap pun malu tapi saya ada bukti mereka bercakap perkara kurang baik dan tidak senonoh. Aliff tahu saya ada banyak bukti. Tapi takkan di bulan puasa saya nak tunjuk video tidak senonoh,” ujarnya.
Dalam pada itu, Bella berharap Ruhainies dan Aliff berhenti cubaan mereka menutup penipuan masing-masing dan mencari kesalahannya demi menutup kes khalwat mereka. Bella berkata dia sebelum ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tidak mahu terlalu mengikut emosi namun kesabarannya tercabar dengan tindak-tanduk kedua-dua mereka terhadapnya.
“Sekiranya Ruhainies ingin menjatuhkan saya, saya percaya kuasa Allah lebih besar daripada kuasa dia. Saya mahu simpan semua aib ini dan berpisah secara baik tapi mereka tidak habis-habis dengan memuat naik hantaran di media sosial. Sedangkan aib yang saya simpan bertahun-tahun ini lagi besar! Tak mengapa di bulan Ramadan ini, Allah Maha Besar!,” ujarnya.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.