Isteri kepada penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah memberi keizinan buat Ruhainies untuk memiliki suaminya itu. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah memberi respon tentang perbualan antara Ruhainies dan Aliff. Bella memberitahu Ruhainies supaya tidak perlu meragui kasih sayang Aliff kerana disebabkan dia juga, Aliff sanggup meninggalkan isteri dan anak-anaknya.
“Jangan risau, dia sayang awak, sebab tu lah dia tinggalkan kami anak beranak. Tak perlu hentikan masa. Ruhainies, awak boleh ambil dia.” Sejak semalam, nama Ruhainies dan Aliff Aziz menjadi topik hangat di media sosial susulan pendedahan oleh Sarah Yasmin berhubung perbualan romantis antara pasangan artis itu. Malah, satu demi satu ‘rahsia’ mula terbongkar sehingga membuatkan Ruhainies memilih untuk menetapkan akaun Instagramnya yang memiliki 1.7 juta pengikut itu kepada mode ‘peribadi’.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.