PELAKON Bella Astillah sebak sehingga mengalirkan air mata mendengar ucapan istimewa dari anak lelakinya, Ayden Adrean bersempena hari ibu. Dalam ucapan tersebut, Ayden, 7, berjanji untuk menjaga kedua ibu dan adiknya apabila dewasa dan mengingatkan ibunya untuk sentiasa menjaga kesihatan apabila bekerja. “Ayden janji dekat mummy, Ayden tak akan buat mummy sedih. Nanti bila Ayden sudah besar, Ayden akan jaga mummy dan adik. Klik sini untuk lihat video.
Mummy jangan kerja sampai penat tau nanti mummy sakit. Mummy adalah ibu terbaik dalam dunia, selamat hari ibu. Saya sayang mummy!” katanya. Bella mendengar ucapan tersebut ketika hadir ke konti Era FM pada Jumaat. Ayden juga sempat menyanyikan beberapa rangkap lagu ‘Ibu Ratu Hatiku’ pada akhir ucapannya. Turut menemani Bella, ibunya, Zarina Astillah dilihat tidak henti menitiskan air mata sepanjang ucapan tersebut dimainkan.
Dalam pada itu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, memberitahu anak-anaknya merupakan anugerah paling bermakna dalam hidupnya. Jelasnya, dia hanya fokus untuk menghargai orang yang menyayanginya kerana percaya perasaan itu tidak akan selamanya kekal. “Ini adalah hadiah hari ibu yang terbaik, Ayden dan Ara adalah hadiah terbaik buat saya. Bella nak cakap kita kena sentiasa hargai orang yang sayangkan kita sebab tak selamanya orang itu akan ada dengan kita,” ujarnya.
Selain Ayden, Bella dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Ara Adreanna, 3, hasil perkahwinan dengan pelakon Aliff Aziz pada 9 September 2016. Pasangan itu ketika ini sedang dalam proses untuk berpisah selepas Bella memfailkan cerai terhadap Aliff pada 13 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.