Pempengaruh media sosial, Andika Putera akui berpisah dengan isterinya Ananda Natasha namun tidak memberikan butiran lanjut mengenai perpisahan mereka. Menerusi satu perkongsian di TikTok, Andika telah membalas semula komen berhubung dengan video yang di muat naik oleh bekas isterinya itu. Pada video yang dimuat naik Natasha, dia sedang menghantar anak perempuan mereka Alisha kepada bekas suaminya kerana minggu itu merupakan minggu Andika menjaga cahaya mata mereka.
Warganet kemudian tinggalkan banyak komen mendakwa Andika langsung tidak memandang wajah bekas isterinya itu sepanjang pertemuan mereka. Disebabkan dakwaan itu, Andika tampil mempertahankan dirinya dan berkata bukan semua yang dimuat naik ke media sosial itu adalah perkara sebenar yang berlaku. “Beribu-ribu komen kata saya tak pandang Tasha, tak ingat pengorbanan, Andika jahat dan sebagainya. Tapi, saya terpanggil untuk jelaskan situasi sebenar kepada anda semua.
“Bukan semua orang muat naik di media sosial untuk tunjuk situasi yang sebenar dan kita ni selalu menilai orang,” katanya. Sementara itu, Andika mengesahkan dia sememangnya berjumpa dengan Natasha pada hari kejadian kerana gilirannya untuk menjaga anak perempuan mereka sudah tiba. “Semalam memang saya jumpa Alisha, saya ambil sebab itu giliran saya untuk jaga anak kami. Bukan setakat jumpa sahaja, saya WhatsApp baik-baik kat Tasha dan bawa makan sama-sama.
Dan kami borak sama-sama, kami makan dengan Alisha dan kami gelak-gelak. Kami pun sembang pasal perkembangan masing-masing. Dia pun tanya pendapat pasal paid review dia, macam mana nak besarkan lagi bisnes dia dan saya pun berkongsi dengan dia,” ujarnya. Dalam pada itu, Andika juga menghubungi Natasha untuk meminta video pada hari mereka bertemu bagi menyangkal tuduhan warganet itu.
“Baru call Tasha tadi nak minta video kami sama-sama tapi dia tak rakam sebab kami sibuk berborak. Tapi Tasha ada ambil gambar leher saya sebab ada tanda steroid. Jadi Tasha pun edit lah video-video pendek dan takdelah yang saya tengah pandang kat dia. Walhal kami bukan setakat berpandangan, kami gelak, borak dan makan sekali,” katanya. Bagaimanapun, Andika berkata dia tidak mengambil hati dengan komen warganet itu disamping turut memaafkan mereka atas kata-kata tersebut.
“Beribu orang komen negatif dan sebagainya. Tapi takpe, saya maafkan anda semua takde masalah. Kesimpulannya, jangan nilai kehidupan orang menerusi satu atau dua minit yang dikongsi orang. Semua orang ada 24 jam dan kita tak tahu apa dorang buat 23 jam tu. Doakan kami baik-baik sahaja,” kongsinya. Menjengah ke ruangan komen, seorang warga maya bertanya sama ada dia dan Natasha telah pun berpisah lalu Andika mengesahkan mereka sudah berpisah.
Dalam pada itu, ada juga warganet yang meninggalkan komen meminta pasangan itu untuk kembali bersama namun Andika hanya memohon doa daripada mereka. Sekadar info, Andika pernah terpalit dengan kontroversi yang mana dia tersilap mengeluarkan kenyataan berkaitan isu tak setia seorang penyampai radio popular. Selain itu, dia turut dikritik kerana gaya penyampaian dan ceramah motivasinya yang memberi tumpuan kepada hal negatif berbanding positif untuk berjaya
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.