Ramai yang tertunggu tunggu tentang perkembangan terbaru, rupanya pelaku menggunakan asid sulfurik pekat pada Faisal Halim

Ramai yang ternanti-nanti perkembangan baharu kondisi kesihatan tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim apabila beliau disahkan alami kecederaan melecur tahap empat dan berada dalam keadaan teruk. Menurut laporan Harian Metro, Faisal cedera disimbah sejenis asid sulfurik pekat hingga menyebabkan beberapa anggota badan termasuk mukanya melecur.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon ketika melawat Faisal di hospital swasta hari ini. Menurut Johan, Faisal berada dalam keadaan sedar namun kecederaan di badannya agak teruk. Katanya, pakar perubatan akan menggunakan sejenis ubat khas dari Australia kepada Faisal untuk membantu memulihkan kecederaan melecur itu. Sementara itu, pemain Selangor FC ini akan menjalani satu lagi operasi pada pukul 5 petang nanti dalam usaha memastikan kesihatannya berada dalam keadaan stabil.

“Keadaan kecederaannya agak teruk dan serius. Dia dalam keadaan sedar tapi badan dia memang sangat teruk.” Difahamkan, asid sulfurik pekat biasanya digunakan dalam makmal sebagai agen pengontangan, untuk mengeringkan gas seperti hidrogen, klorin dan sulfur dioksida. Ia juga sejenis asid mineral yang menghakis dan kuat. Sebelum ini, keadaan Faisal yang pada awalnya dianggap melecur tahap dua bertambah teruk apabila disahkan agak kritikal selepas melecur tahap empat sehingga menjejaskan pergerakan di bahagian tangan kirinya.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version