PERTAMA kali muncul di aplikasi TikTok, menantu kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Ahmad Aslam mengakui pernah melakukan pekerjaan sebagai pemandu di sebuah syarikat e-hailing bagi menjana pendapatan. Kata Aslam, dia melakukan pekerjaan itu kira-kira dua tahun lalu dan hanya bertahan selama enam bulan sahaja. “Kelmarin saya tengah main telefon bimbit lepas itu ada orang cakap dekat saya, asal orang cakap kau bawa grab?
Lepas itu saya macam pelik siapa pula beritahu? Jadi saya pun tengok di media sosial baru tahu. Memang betul pun, saya pernah buat Grab tapi tahun 2022 tak sampai enam bulan sekarang dah tak buat,” katanya. Aslam berkongsi perkara itu ketika sesi siaran langsung yang dilakukan di akaun TikToknya pada malam Selasa. Dalam siaran langsung berkenaan, suami kepada Misya dan Marissa Dania ini menerima ribuan tontonan daripada pengikut.
Berkongsi cerita pembabitannya sebagai pemandu e-hailing, Aslam berkata dia terpengaruh dengan ajakan kenalan yang memberitahu bayaran pekerjaan itu berbaloi. “Sebelum itu saya kerja lain, waktu 2022 itu banyak dalam group ada orang cakap buatlah Grab dapat banyak untung. Saya pun macam tak percaya, saya pun buatlah sebab kereta saya tu dulu saya beli lepas itu tak jalan pun, saya bayar macam itu je lepas itu saya buatlah Grab,” jelasnya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pekerjaan terkininya, Aslam enggan mengulas lanjut.Sebelum ini, menerusi perkongsian di TikTok, Aslam memuat naik gambarnya memakai baju dengan memegang topi keledar syarikat e-hailing berkenaan. Difahamkan, Aslam memberi reaksi itu sebagai maklum balas terhadap kenyataan Abby mengenai kerjayanya ketika ditemu bual, baru-baru ini. Untuk rekod, Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Songkhla, Thailand ketika isteri pertama iaitu Misya sedang mengeriakan umrah di Makkah pada 27 Disember tahun lalu.
Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya berpisah. Bagaimanapun mereka kembali ruiuk ketika mash dalam tempoh idah. Aslam dan Misya mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.