Meskipun sibuk menguruskan perniagaan, Adira Suhami dilihat masih berkesempatan untuk hadir ke majlis hari sukan sekolah anak-anaknya, pada Ahad. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Adira sempat berkongsi momen persiapan anak-anak sebelum mereka berangkat ke acara sukan sekolah. “Alhamdulillah, selamat sampai rumah dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur, nak sempatkan untuk hari sukan anak-anak. Klik sini untuk lihat video.
Teruskan siapkan mereka, Alhamdulillah tak merengek. Nak kena sampai ke Cyberjaya sebelum 7 pagi.” Kelihatan pelantun lagu ‘Lara Lagi’ itu memimpin tangan kedua-dua anaknya, Anggun dan Asan masuk ke perkarangan padang di mana hari sukan itu berlangsung. Namun apa yang menjadi tumpuan ramai adalah hantaran terbaharu Datuk Red yang berkongsi tentang hari sukan anak-anaknya itu.
Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat hadir ke acara tersebut bagi memberi sokongan kepada anak-anaknya. “Sukan sekolah anak-anak sayang papa, Asan, Ali (anak Datin Red) dan Anggun. Papa memang tak guna. Anak-anak sukan pun tak boleh nak tengok, maafkan papa sayang-sayangku. Doakan papa berjaya nanti papa kumpulkan semua. Jaga papa nanti ya anak-anak.” Dalam kesempatan itu, Datuk Red berharap agar dirinya mampu bangkit kembali hingga berjaya demi keluarga dan anak-anaknya.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.