Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B membenarkan ibunya untuk mencari calon suami. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman dilihat sedang berinteraksi bersama pengikutnya. Mereka juga turut menyoal tentang calon suami baru kepada Vida. Usahawan berusia 52 tahun tersebut kemudian bertanya pendapat untuk berkahwin lagi kepada anak perempuannya itu. Klik sini untuk lihat video.
Menurut Cik B, dia kini lebih memahami perasaan sunyi yang dialami oleh ibunya. Justeru itu, dia tidak kisah jika Vida mencari suami yang baru. “Mama nak ke suami baru? Kalau mama nak ikut mama lah. Saya tak kisah, sebab saya pun faham perasaan sendu. Masa kecil tak faham lagi. Tapi mama jangan cinta itu buta sangat. (Jangan buta kerana cinta). Mama carilah orang yang bagus.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai yang memuji gadis berusia 19 tahun itu kerana memiliki pemikiran yang matang. “Cik B ni pemikiran dah matang, bagus sangat.” “Cik B terlalu sayang mama dia. Sebab tu dia nak hanya yang betul-betul ikhlas sayang mama dia. Bukan sebab harta.” “Best la dapat anak macam Cik B, lawak pula tu. Cara cakap je dah buat tersenyum.” Sekadar info, sebelum ini Vida pernah mendirikan rumah tangga beberapa kali namun perkahwinan tersebut tidak berpanjangan.
Sekitar tahun 2021, Vida didakwa bakal berkahwin dengan bekas pengurusnya, Ahmad Iqbal Zulkefli. Bagaimanapun, tiada jodoh di antara mereka. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.