Hari ini merupakan hari yang paling dinanti-nantikan bagi pelajar tingkatan 5 tahun 2023 di seluruh Malaysia apabila keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Di sebalik kegembiraan menerima keputusan, ada satu berita yang agak mengejutkan dilaporkan apabila seramai 10,160 daripada 383,685 calon baharu SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, jumlah ketidakhadiran itu perlu ditangani dan diteliti supaya langkah intervensi dapat dilaksanakan. “Kita akan teliti punca kenapa calon ini tidak hadir (menduduki SPM 2023), selepas berlaku penurunan agak banyak (bagi calon yang mendaftar SPM 2023 berbanding 2022). Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan kita laksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya,” katanya.
Walau bagaimanapun, menerusi ruang komen di Facebook, ramai di kalangan warganet mendakwa punca calon SPM 2023 tidak menduduki peperiksaan tersebut adalah disebabkan pengaruh influencer dan ingin menjadi TikTokers. Namun ada juga yang mengatakan para pelajar itu sudah memilih jalan kehidupan mereka sendiri, jadi mungkin itu rezeki yang sudah tertulis untuk mereka. Risau juga baca statistik macam ni. Harap pihak berwajib dapat buat sesuatu untuk selesaikan masalah ini.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.