BEKAS isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada terkejut dengan tindakan bekas ibu mentua yang didakwa bercerita mengenai dirinya kepada orang terdekat. Kata Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, dia mengetahui mengenai perkara tersebut daripada pengikut yang memaklumkan mengenai perbualan mesej itu menerusi media sosial.
“Pengikut saya hantar screenshot itu, saya terkejut bila ada orang mesej saya seperti itu. Saya sangat hormat dekat ibu mentua saya. Saya tak nak perkara ini berpanjangan… bagi saya isu ini sudah selesai. Jadi saya cakap dekat mereka (follower) perkara itu tidak benar saja,” katanya. Shuhada bagaimanapun berkata dia tidak menghubungi bekas ibu mentuanya untuk mendapatkan penjelasan lanjut kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.
Malah dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana enggan menyimpan sebarang dendam. “Rasanya kali terakhir saya dapat (paparan skrin perbualan) bulan lepas… Saya sampai terfikir-fikir apa yang tak habis lagi. Saya dan keluarga terima perkara itu dan tak nak panjangkan lagi perkara itu. Kami tak nak simpan perkara itu sampai menjadi dendam… sebab dendam ini macam bara api nanti terbakar pula diri sendiri, jadi biarkan saja,” ujarnya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga berharap agar bekas ibu mentuanya itu berhenti daripada menjaja mengenai dirinya memandangkan dia sudah melupakan kisah lalu. Baginya, sebarang isu berbangkit melibatkan dirinya dengan bekas suami biarlah diselesaikan sesama mereka sahaja. “Saya pun tak kacau sesiapa jadi saya harap dia berhenti dan lupakan perkara itu. Saya pun sudah move on… kalau boleh tak nak keruhkan keadaan biar saya dan mereka yang selesaikan. Keluarga saya pun tidak terlibat dalam perkara ini,” jelasnya.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka sah berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai tahun lalu. Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.