Akan failkan satu lagi saman pada bekas pekerja, Dato Aliff Syukri luah rasa syukur menang saman fitnah

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur menang saman fitnah yang difailkan isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida terhadap bekas pembantu peribadi mereka iaitu Melati Abdul Ghani. Memandang serius kesan fitnah berkenaan, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, memberitahu dia bakal memfailkan satu saman baharu terhadap pihak-pihak yang memfitnahnya selama ini. “Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya. Bukan seorang, bukan dua orang tetapi ramai pihak cuba nak kenakan saya.

Konon nak saman saya tetapi berbalik kepada muka mereka semula. Ingat saya sudah menang dan saya akan saman balik!” katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Isnin. Dalam pada itu, Aliff berkata pihaknya akan memulakan proses saman terhadap bekas pekerjanya itu dengan menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM500 juta. “Tunggu surat saman dari saya, bukan RM5,000 atau RM10,000 tetapi lebih setengah juta saya akan tuntut. Hakim maha adil serta bijaksana. Alhamdulillah kemenangan di pihak saya,” jelasnya.

Sementara itu, peguam mewakili Aliff dan Shahida iaitu Hasshahari Johari Mawi daripada tetuan Hasshahari & Partners memaklumkan kes anak guamnya itu akan bersambung pada Jumaat ini. Tindakan susulan itu dilakukan kerana mahu memberikan pengajaran kepada Melati dan berharap wanita itu menerima hukuman setimpal. Kami akan teruskan tindakan penghinaan perintah mahkamah oleh Melati dan akan dipanggil semula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam ini secara fizikal pada Jumaat ini.

Perintah ex parte untuk mengkomitkan Melati ke pnjra sudah diberikan,” katanya. Untuk rekod, pada 29 Mei lalu, Melati atau dikenali sebagai Mel, 47, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shahida atas fitnah dilakukan kira-kira lima tahun lalu. Sumber: Mstar.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version