Punca pemergian Nur Farah Kartini Abdullah, 25, belum dapat disahkan memandangkan keadaan myt yang telah reput pada bahagian dada dan muka. Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu pihak Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada myt.
“Buat masa ini, pakar tidak dapat sahkan sebab pemergian kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka. Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab pemergian,” katanya. Dalam pada itu, Hussein turut mengesahkan sebuah kereta milik suspek yang juga kenalan mngs telah dirampas untuk siasatan lanjut. Terdahulu, Nur Farah Kartini Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan tidak bernyawa di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, petang Isnin.
Mangsa dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan dan dipercayai dibnh individu dikenalinya. Susulan itu, seorang penjawat awam (polis) berusia 26 tahun yang dipercayai teman lelaki mangsa ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.