Datuk Red nafi dakwaan mahu menyingkirkan bekas isteri pertamanya, Datin Red dalam kehidupan apabila khabar angin untuk kembali ke pangkuan Adira mula tersebar di media sosial, baru-baru ini. Menurut laporan Gempak, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, perpisahan yang berlaku sebelum ini adalah kehendak kedua-dua bekas isterinya dan akui menunggu jawapan jika ingin rujuk kembali sehingga tamat tempoh iddah.
“Ada pihak yang cakap ini semua permainan saya untuk singkirkan Datin Red. Sebenarnya dua-dua mohon berpisah dengan saya. Jadi untuk singkirkan memang tak pernah terfikir. Sehingga iddah saya ada tunggu tapi tak ada yang ingin merujuk semula. Takkan saya seorang saja yang perlu memujuk sebab ia seperti bertepuk sebelah tangan,” katanya.
Bukan itu sahaja, Datuk Red memberitahu dia sudah berbincang dengan Datin Red mengenai rancangannya untuk berkahwin semula bersama Adira pada tahun depan. Dalam pada itu, dia masih mengekalkan hubungan sahabat bersama Datin Red dan tidak mempunyai masalah sekiranya bekas isteri pertamanya itu bertemu jodoh kelak. “Lepas habis iddah antara kami berdua, kami dah berbincang dan saya doakan kebahagiaan masing-masing.
Macam dia (Datin Red) pun dia muda lagi, kalau dia ada jodoh lain pun tak ada masalah, saya masih boleh berkawan dengan dia,” jelasnya. Sebelum ini, tular di media sosial apabila penyanyi Adira Suhaimi dikhabarkan akan kembali bersatu dengan bekas suami, Datuk Red dan telah rancang kahwin tahun depan lepas raya. Datuk Red meluahkan rasa syukur diberi peluang kedua untuk memulihkan kembali hubungan dan mereka kini dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing.
Sekadar info, Datin Red mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red pada tahun 2005 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Dia kemudiannya berkahwin dengan Adira pada 3 Disember 2015 dan memiliki empat zuriat. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.