SELEPAS isteri pertama, kali ini usahawan Datuk Seri Adnan Abu turut memaklumkan tempoh idah bagi isteri keduanya iaitu penyanyi Adira Suhaimi juga sudah selesai selepas mereka sah berpisah pada 24 April lalu. Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red, 46, berkata, dia perlu memaklumkan tentang perkara ini kerana tidak mahu timbul sebarang fitnah berkaitan bekas isterinya itu. Reda menerima takdir tertulis, Adnan turut mengucapkan terima kasih kepada Adira kerana sudi menjadi isterinya selama sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
“Assalamualaikum semua, saya ingin bercakap di sini supaya tidak timbul fitnah nanti. Hari ini (Isnin) juga hari terakhir tempoh idah saya bersama Adira. Inilah dugaan saya. Tiga bulan lepas saya diduga dengan kehilangan kedua-dua isteri dan hari ini dan semalam (Ahad) diuji lagi dengan tamatnya tempoh idah bagi kedua isteri saya. Tapi saya bersyukur dan berterima kasih kepada Adira kerana sudi jadi isteri saya,” katanya.
Adnan berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya. Menerusi perkongsian berkenaan, Adnan dilihat masih lagi memanggil Adira dengan panggilan sayang sewaktu menulis ucapan terima kasih itu. Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Ada Kamu ini mengakui Adira menjadi asbab dirinya dikenali sehingga membuatkan dia lebih mudah untuk mencari rezeki di media sosial. Malah Adnan turut mendoakan agar bekas isterinya itu diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dapat memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka.
“Saya doakan dia (Adira) supaya murah rezeki, sihat dan panjang umur. Sebenarnya Adira adalah asbab diri saya dikenali, dapat juga saya berniaga di TikTok. Kalau saya tak kahwin dengan Adira, orang takkan kenal saya. Terima kasih banyak-banyak. Banyaklah jasa dia kepada saya. Hidup perlu diteruskan. Semoga dia teruskan kehidupan demi menjaga anak-anak saya insya-Allah. Saya sentiasa ada,” ujarnya.
Adnan dan Adira dilihat sudah tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing termasuk Instagram dan TikTok. Untuk rekod, Adnan dan Adira sah berpisah talak satu pada 24 April lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Adnan kemudian turut menceraikan isteri pertamanya Sharifah Norshafila pada 14 Mei 2024. Hasil kedua-dua perkahwinan itu Adnan dikurniakan sembilan orang cahaya mata.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.