Abang Aufahanie hilang sejak malam selasa, tapi telefon bimbit dan dompet dijumpai di Sungai Klang

TERUS menharap abangnya kembali dengan selamat, penyanyi Aufahanie memberitahu dia dan ahli keluarga lain tidak pernah berhenti mencari Nidzar Afham yang dilaporkan hilang sejak malam Selasa. Kata Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 21, abangnya itu juga tidak menunjukkan sebarang perilaku pelik sebelum dia gagal dihubungi dan hilang secara tiba-tiba. “Setiap hari saya akan berbual dengan abang. Kami selalu hantar video lucu di aplikasi TikTok. Dia juga tidak pernah menunjukkan sebarang perilaku pelik. Dia okay sahaja.

“Kami masih menunggu pihak berkuasa dan juga berikhtiar untuk terus mencari abang di sekitar Klang,” katanya. Aufa sebelum ini berkongsi berita kehilangan Afham di media sosial miliknya dan memohon bantuan orang ramai untuk sama-sama memberi maklumat sekiranya berkaitan. Menurut Aufa pihak keluarga mula menyedari kehilangan Afham selepas kekasih abangnya itu memaklumkan dia gagal dihubungi dan tidak membalas sebarang mesej.

Afham dikatakan hilang selepas keluar melakukan aktiviti riadah pada petang Selesa. “Abang pergi jogging dan dia ada update dengan kekasihnya bahawa dia sudah sampai di stadium. Sekitar pukul 9 malam dia tidak balas mesej dan kekasihnya cuba menjejaki telefon abang. “Lokasi terakhir telefon adalah di Jambatan Sungai Klang di ia statik di situ. Ibu dan adik kemudian ke sana untuk mencari.

“Dengan bantuan dua orang lelaki yang ada di sana, ibu menemukan telefon bimbit dan dompet abang,” ujarnya. Aufa juga memaklumkan kad bank abangnya tiada dalam dompet berkenaan. Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Klang berhubung kehilangan abangnya itu. “Kad bank dan wang tunai tiada dalam dompet abang. Namun tidak pasti adakah abang ada simpan wang tunai atau tidak. Sekarang ini kami masih tunggu update daripada pihak polis,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version