Tiada barang milik arwah Nidza Afham yang hilang, polis nasihatkan orang ramai berhenti keluarkan kenyataan negatif

POLIS menasihati orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan negatif berkaitan kematian abang kepada penyanyi Aufahanie iaitu Nidza Afham. Menurut Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, pihak berkuasa juga sudah mengesahkan tiada sebarang dokumen atau barang kepunyaan Nidza yang hilang seperti di dakwa sebelum ini. Malah kata Hussein, ahli keluarga Allahyarham juga tidak membuat… Continue reading Tiada barang milik arwah Nidza Afham yang hilang, polis nasihatkan orang ramai berhenti keluarkan kenyataan negatif

Kononya arwah berdepan masalah perhubungan, Aufahani luah rasa bengang bila ada yang buat spekulasi tak betul pasal pemergian abang

PENYANYI Aufahanie meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir warganet membuat spekulasi tidak benar mengenai punca pemergian abangnya iaitu Nidza Afham. Menurut Aufa atau Aufahanie Mokhtar, 21, ada individu menabur fitnah kononnya arwah sedang berdepan masalah perhubungan sehingga mengaitkan perkara itu menjadi punca pemergian. “Kami (keluarga) saksi bahawasanya mereka dalam keadaan yang baik, sedang bahagia bersama-sama. Siapakan… Continue reading Kononya arwah berdepan masalah perhubungan, Aufahani luah rasa bengang bila ada yang buat spekulasi tak betul pasal pemergian abang

Aufahanie dedah ahli keluarga mula sedar tentang kehilangan lepas dimaklumkan oleh kekasih arwah abangnya

Penyanyi, Aufahanie mendedahkan dia dan ahli keluarga mula sedar tentang kehilangan abangnya, Nidza Afham selepas dimaklumkan oleh kekasih kepada arwah abangnya itu. Ketika ditemui, pemilik nama Nur Aufahanie Mokhtar ini berkata, kekasih arwah abangnya itu merupakan individu terakhir yang berkomunikasi dan individu pertama mengetahui mengenai kehilangan Nidza. Tambah Aufahanie, dia dan ahli keluarga pasti tidak… Continue reading Aufahanie dedah ahli keluarga mula sedar tentang kehilangan lepas dimaklumkan oleh kekasih arwah abangnya

Abang Aufahanie hilang sejak malam selasa, tapi telefon bimbit dan dompet dijumpai di Sungai Klang

TERUS menharap abangnya kembali dengan selamat, penyanyi Aufahanie memberitahu dia dan ahli keluarga lain tidak pernah berhenti mencari Nidzar Afham yang dilaporkan hilang sejak malam Selasa. Kata Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 21, abangnya itu juga tidak menunjukkan sebarang perilaku pelik sebelum dia gagal dihubungi dan hilang secara tiba-tiba. “Setiap hari saya akan berbual dengan abang.… Continue reading Abang Aufahanie hilang sejak malam selasa, tapi telefon bimbit dan dompet dijumpai di Sungai Klang

Exit mobile version