Banyak hasilkan karya berkualiti dalam dunia nasyid, Amin Idris kenang jasa Yasin Sulaiman

Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris kenang jasa penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman atas sumbangannya sebagai penggiat seni tanah air. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Amin di laman Facebooknya, dia menzahirkan ucapan penghargaan buat Yasin yang telah banyak menghasilkan karya berkualiti tinggi dalam dunia nasyid.

“Hantaran ini bertujuan menghargai jasa dan sumbangan seorang insan bernama Yasin Sulaiman. Bro Amin mengagumi Abang Yasin sejak album Show Me The Way dan Sure You Can semasa zaman kumpulan Mirwana dulu (sebelum Mirwana versi sekarang) sehinggalah tertubuhnya Brothers. Bagi fans nasyid sejak awal 90an pasti tahu betapa geniusnya seorang bernama Yasin Sulaiman mencipta lagu. Terima kasih Abang Yasin atas lagu-lagu yang dihasilkan beliau.

Terima kasih Abang Yasin kerana album-album Brothers bermula dari album ‘We Are’, ‘Satu Perjuangan’, ‘Sabar’, ‘Mimpi Laila’, ‘Salsabila’ dan banyak lagi,” katanya. Yasin juga pernah mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya penyanyi nasyid merangkul Juara bagi Anugerah Juara Lagu ke-16 menerusi lagu Mimpi Laila. Amin berkata sedemikian ketika mengimbau kenangan bersama Yasin sewaktu menjadi tetamu #TheAminIdrisShow pada tahun 2019.

“Generasi sekarang pasti tak tahu yang Abang Yasin merupakan satu-satunya penyanyi nasyid yang berjaya meraih Anugerah Juara Lagu di AJL melalui lagu Mimpi Laila,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Amin berterima kasih atas segala pengorbanan penyanyi tersebut dan sentiasa mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan. “Walau apa jua isu yang melanda Abang Yasin, kami tetap hormat Abang Yasin sebagai legend dalam industri nasyid. Abang Yasin ibarat ‘Teman Sejati’ bagi kami peminat nasyid. Doa kami sentiasa bersama Abg Yasin. Terima kasih Abang Yasin,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, Yasin Sulaiman dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas tiga kes ddh. Dengan keputusan itu, Yasin akan membuat rayuan dalam masa terdekat menerusi peguamnya di Mahkamah Rayuan. Sumber: Omm.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version