Bekas isteri pertama pelakon dan pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana enggan mengulas lanjut berkenaan berita perpisahan antara Syamsul dan isterinya, Ira Kazar. Tegasnya, dia tak berada di posisi untuk cakap lebih mengenai hal tersebut kerana ia bukan melibatkan dirinya.
“Saya baru balik Singapura berniaga di sana. Beginilah, kalau boleh saya tak nak beri komen apa-apa sebab apa yang berlaku bukan melibatkan saya pun dan bukan urusan saya. Saya tak mahu cakap lebih-lebih, nanti orang cakap apa pula dan saya pun dah ada kehidupan sendiri. Dah bahagia dengan cara sendiri. Apa yang saya boleh cakap, semoga urusan mereka dipermudahkan. Itu sahaja.”
Semalam, satu berita tergempar muncul tentang perceraian Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40, dengan Ira Kazar atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin. Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Ia disahkan sendiri oleh Syamsul menerusi sebuah video menerusi Instagram miliknya.
Susulan itu, Puteri Sarah yang pada ketika itu sebagai isteri pertama Syamsul nekad memfailkan perpisahan sebelum disahkan berpisah pada 14 Jun tahun lalu. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.