Fara Salleh tuduh suami jaja cerita buruk, tak boleh berdiam kawan tampil pertahankan Shuk Sahar

Tak ada angin tak ada ribut, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mendakwa dirinya diburukkan suami ke teman-teman rapat yang lain. Terbaharu, seorang individu yang dipercayai rakan kepada Shuk tampil memberikan respon terhadap dakwaan Fara menerusi hantaran di Instagram (IG). Menerusi hantaran tersebut, individu yang dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai menafikan dakwaan tersebut serta mempertikai tindakan Fara yang memuat naik gambar rakan-rakannya di media sosial.

Bukan itu sahaja, Ridzuan juga mendakwa Fara merupakan individu yang menjaja cerita buruk tentang Shuk di platform media sosial. “Kenapa nak perlu muat naik gambar kawan-kawan saya?? Kenapa nak cari salah kami pula? Bila masa kami mengumpat awak? Awak yang mengumpat suami awak di media sosial adalah. Awak malu kan waktu suami awak sedang berniaga di Singapura?”

Tambah Ridzuan, dia tidak pernah mendengar mendengar cerita buruk mengenai Fara keluar daripada mulut Shuk sepanjang perkenalan mereka. “Suami awak tak pernah nak ‘backup’ siapa-siapa dari kami dan suami awak tak cerita pasal awak pun dan kami pun tak nak tahu cerita pasal awak. Apa yang best nya cerita awak itu sampai suami awak nak cerita? Cukup-cukup buruk kan suami di media sosial. Kalau betul atau tak pun, tu hal awak dan suami, jangan sebar di media sosial.

Ke awak saje nak bagi suami awak malu dan biar org pandang suami awak ni jahat?” Di akhir hantaran, Ridzuan menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk masuk campur tentang hal rumah tangga Shuk namun terkejut dengan tindakan Fara yang memuat naik beberapa video dirinya dan rakan lain di media sosial. “Buat Shuk, maaflah kalau saya marah dan cakap macam ini, bukan sebab nak masuk campur hal rumah tangga abang.

Tapi, sebab kan dia dah muat naik video saya dan kawan-kawan di media sosial, jadi saya pun terpaksa sembang benda ini. Saya tak nak buka panjang-panjang walaupun ada lagi yang lebih panjang ceritanya tapi cukup la sebarkan hal orang di media sosial. Sementara itu, Ridzuan turut menjelaskan kejadian sebenar yang dipercayai menjadi punca pergaduhan Fara dan Shuk sehingga menyebabkan wanita itu berang dan mahu meminta pisah menerusi hantaran di Instagram Story (IG).

Dakwa Ridzuan, Fara berang dengan beberapa rakan Shuk yang dikatakan telah ‘membahannya’ sewaktu mereka sedang berniaga di sebuah tapak jualan pesta makanan. “Normal lah berniaga mestilah kena jerit-jerit nak panggil orang, tapi dia boleh pula cakap kami ‘meng*njing’ dia. Siap tuduh suami dia ‘backup’ member. Bila suami kau ‘backup’ kami? Kau malukan suami kau depan orang adalah.”

Terdahulu, Fara menjadi tumpuan apabila memuat naik beberapa hantaran seolah-olah memberi bayangan mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak menerusi aplikasi Threads. Bukan itu sahaja, Fara juga dilihat meminta Shuk untuk melepaskannya kerana sudah tidak tahan dengan perangai buruk pelawak berusia 38 tahun itu. Shuk kemudiannya membuat satu hantaran di IG Story menafikan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai untuk menilai dengan menggunakan akal fikiran.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version