Ada pula yang kacau mood bila Intan Najuwa umumkan jantina ank, sekali ini penjelasan dari tuan badan

PELAKON Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang mempersoalkan jantina bayi dalam kandungannya. Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, menegaskan dia sudah melakukan ujian darah atau non-invasive prenatal testing (NIPT) bagi mengesahkan jantina kandungannya. Malah, dia yakin keputusan ujian pemeriksaan tersebut adalah tepat memandangkan ia bukan ujian imbasan yang biasa. “Saya nak berkongsi yang saya sudah lakukan pemeriksaan darah lengkap dengan ujian NIPT untuk tahu jantina bayi.

“Ia bukan imbasan yang biasa. Doktor pun ada beritahu yang pemeriksaan NIPT ini 99 peratus tepat. Jangan rosakkan mood gembira kami okay? Sama ada awak percaya atau tidak, tak perlu bercakap tentang itu,” katanya menerusi satu hantaran di InstaStory pada Selasa. Intan berkata demikian susulan komen seorang warganet meminta supaya Intan tidak percaya sepenuhnya dengan keputusan ujian tersebut. Katanya, jantina bayi perempuan boleh bertukar kepada lelaki pada saat-saat akhir.

Dalam pada itu, Intan berkata dia tidak kisah mengenai jantina bayi dikandungnya itu kerana baginya apa yang penting bayi berkenaan dalam keadaan sihat. Bahkan, majlis gender reveal yang dilakukan sebelum ini sekadar mahu mencipta kenangan manis bersama suami dan keluarga. “Bagi saya, tak kisah kalau kami dapat anak lelaki atau perempuan, asalkan bayi itu sihat dan gembira. Gender reveal yang kami buat pun dengan niat untuk bergembira dan kenangan sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, Intan mengumumkan dia dan suaminya Datuk Ahmad Azraf Azman bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi. Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf pada 18 Ogos tahun lalu. Intan sebelum ini pernah memberitahu dia mahu berehat daripada dunia seni buat sementara Waktu kerana ingin fokus urusan rumah tangga.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version