Pelakon popular, Remy Ishak cuba gaya baharu dengan memakai cincin hidung atau ‘septum ring’ ketika menghadiri majlis tayangan perdana drama siri terbaharu ‘The Secret’ berjaya tarik perhatian umum. Menurut laporan Media Hiburan, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak memberitahu penampilan baharu tersebut hanya sekadar suka-suka sahaja.
“Yang saya pakai ini hanyalah ‘septum ring’ palsu. Ia sekadar fesyen sahaja. Bagilah saya peluang nak cuba gaya baharu,” katanya. Ujar aktor yang berusia 42 tahun itu lagi, dia tidak hairan dengan kritikan dengan berikutan gaya tersebut memandangkan kini sudah bergelar seorang bapa. “Sewaktu zaman muda dahulu, saya tak boleh nak buat gaya sebegini. Kalau buat, saya akan teruk dikecam kerana status saya yang belum berkahwin dan tidak punyai anak.
Pada saya, ketika ini, tak mengapa saya dengan gaya seperti ini. Saya tak peduli apa yang orang kata. Lagipun, kini saya sudah ada anak. Lantaklah sama ada orang nak kecam atau tidak,” ujarnya. Ditanya berkaitan perubahan fizikalnya yang semakin kurus, dia memaklumkan baru sahaja sembuh daripada demam dan jangkiran Influenza B. Difahamkan, isterinya iaitu Roszaliza Yusof turut terjangkiti virus tersebut dan perlu menjalani kuarantin selama seminggu dan segala aktiviti terpaksa penggambaran ditangguhkan.
“Demam bermula selepas saya selesai projek teater di Melaka. Pulang sahaja ke rumah, saya rasa penat sangat. Mulanya, saya ingatkan ia disebabkan kerja kerana proses rehearsal teater itu sangat berat dan memenatkan. Rupanya saya terkena jangkitan. Saya jalani kuarantin selama seminggu dan segala aktiviti penggambaran terpaksa ditangguhkan. Impaknya macam demam denggi dan berat badan saya turun daripada 85 ke 81 kilogram. Isteri saya pun terjangkit juga dan saya sangat risau keadaan anak. Alhamdulillah, antibody anak saya kuat dan dia okay,” kongsinya lagi.
Sekadar info, Remy dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Tuah Alam. Sumber: Omm.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.