Ibu beri ucapan hari lahir buat Shila Amzah selepas lama tidak melihat mereka berada dalam satu momen yang sama susulan beberapa kontroversi terjadi dalam keluarga sebelum ini. Menerusi hantaran yang dibuat oleh Fauziah Sarman di Instagram, dia telah berkongsi gambar berdua bersama Shila dengan mengucapkan selamat hari lahir buat puteri sulungnya itu.
Dalam pada itu, dia juga mendoakan agar Shila sentiasa memperoleh rezeki yang tidak putus-putus dan menjadi seorang isteri serta ibu yang baik. Dia turut menyatakan rasa sayang terhadap penyanyi berkenaan dan berharap supaya anaknya bahagia di dunia serta di akhirat. “Semoga Allah SWT limpahkan rezeki yang tak putus2. Selamat hari lahir anakku Shila..Mak sayang kakak..Mak doakan kakak menjadi Isteri dan ibu yang baik, bahagia didunia dan diakhirat..Amin ya Allah ya Mujib,” ujarnya.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang mendoakan agar hubungan anak beranak berkenaan terus dalam keadaan baik. Mereka juga mengucapkan selamat hari lahir buat Shila serta berharap agarAllah S.W.T memakbulkan doa ibu tersayang.
Untuk rekod, hubungan antara pemilik nama sebenar, Nurshahila Amir Amzah dan keluarganya seakan ‘memanas’ pada tahun lalu setelah beberapa pendedahan dibuat oleh adik beradiknya termasuk ibu kandung. Walau bagaimanapun, mereka memilih untuk tidak lagi bercakap mengenai masing-masing selepas isu tersebut berlarutan beberapa waktu sehingga pelbagai spekulasi kurang tepat beredar di media sosial.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.