Ada yang dah lama tak merasa isi minyak penuh tangki, Mua Bellas belanja 500 penunggang motosikal petrol percuma

Pempengaruh dan jurusolek, MUA Bellaz membantu meringankan beban masyarakat dengan mengisi minyak motosikal secara percuma buat mereka. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini berkongsi suasana ketika dia dan suami berada di sebuah stesen minyak. Bellaz bermurah hati untuk menolong mereka kerana bersyukur ramai yang menyokong perniagaannya. Klik sini untuk lihat video.

“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong bisnes kecil saya. Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain. Semua gembira, tersenyum.” Menurut ibu kepada empat orang anak ini, seramai 500 orang penunggang motosikal telah menerima sumbangannya. “Ada yang beritahu saya tadi, sudah lama tak merasa isi minyak ‘full tank’. Hari ini dia dapat dan seronok kerana minyak dapat tahan lama sedikit. Alhamdulillah, hari ini 500 buah motosikal..penunggang semua, awak doakan saya boleh bantu ramai lagi.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sifat pemurah Bellaz dan mendoakan agar dia dilimpahkan dengan rezeki yang lebih banyak. “Ya Allah muka pak cik tu senyum terus rasa nak mengalir air mata. Semoga Bellaz dimurahkan rezeki dunia dan akhirat. Orang yang pernah susah, bila berjaya dalam perniagaan mesti dia akan bantu orang susah. Sebab dia pernah merasa. Kaya pada orang yang tepat.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version