Sanggup tambah berat badan demi nak menjayakan watak, Zizie Izette puji kegigihan Shaheizy Sam

Pelakon Datin Seri Zizie Izette puji Shaheizy Sam atas kesungguhan adiknya itu menaikkan berat badan semata-mata memenuhi tuntutan kerja. Pemilik nama Zizie Izette Abdul Samad, 44, berkata, adiknya iaitu Sam sedang menjalani penggambaran sebuah filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Namun, komitmen yang ditunjukkan oleh Sam membuatkan dirinya tumpang bangga bagi menjayakan watak dalam naskah terbaharu itu, selain wajar dipuji.

“Ramai yang melihat transformasi Sam betul tak? Ini adalah untuk watak terbaharu dalam filem lakonannya di mana dia perlu menambah berat badan. Dia (Sam) sangat komited dengan watak yang diberikan,” tulis Zizie Izette di Instagram Story, semalam. Selain mengagumi dedikasi yang ditunjukkan oleh adiknya, Zizie juga yakin suami kepada pelakon Syatilla Melvin itu dapat menurunkan berat badan semula selepas menyelesaikan komitmen yang diberikan.

“Saya yakin dia akan berjaya menurunkan berat badan selepas tamat penggambaran filem tersebut. Dedikasi yang ditunjukkan oleh Sam sangat mengagumkan,” katanya lagi. Untuk pengetahuan, ia bukan kali pertama pelakon filem La Luna itu sanggup menaikkan berat badannya demi menjayakan sesuatu watak sehingga mendapat pujian kerana begitu mudah kembali ke bentuk asal.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version