Berhijab atas kerelaan sendiri, Angeline Tan dedah suami tak pernah minta untuk pakai tudung

Pelakon Angeline Tan dedah dia memakai hijab atas kerelaannya sendiri dan bukannya atas arahan atau permintaan daripada suami iaitu aktor dan pengarah, Sabri Yunus. Menerusi satu temubual TV Alhijrah bersama Angeline dan Sabri, aktres itu berkata suaminya tidak pernah memaksa untuk memakai tudung, namun dia memilih untuk berhijab atas kewajipan sebagai seorang Muslim. Klik sini untuk lihat video.

“Abang (Sabri) tak pernah suruh pun dan abang tak pernah minta tapi Angeline rasa sebagai seorang Islam, ini (tudung) lebih sopan dan lebih kemas untuk seorang muslimah lah,” katanya. Dalam pada itu, pelakon berusia 57 itu turut berkata dia juga bebas memilih jenis tudung yang dipakainya kerana Sabri tidak pernah menentukan tudung untuknya. “Abang kata bab-bab tudung ni dia tak pandai. Dia kata belilah apa yang rasa cantik,” ujarnya.

Sabri kemudian mencelah dan berkata dia tidak kisah apa jenis tudung yang dipakai oleh isterinya itu kerana Angeline sentiasa cantik di matanya. “Sebab pada saya, apa dia pakai, apa pilihan dia tak pernah tak cantik,” katanya berseloroh. Pujian daripada Sabri itu membuatkan Angelina tersenyum sambil tersipu-sipu malu lalu menjeling manja kearah suaminya itu.

Sementara itu, Angeline berkongsi dia juga mempunyai sedikit kemahiran untuk mendandan, oleh itu dia selalu membantu suaminya memotong rambut dan mencukur. “Kalau simple, memang boleh. Sebab dulu kita banyak adik beradik ya, kadang-kadang potong untuk adik biasa-biasa sikit tu boleh. Sekarang senang kan, dah ada pencukur,” kongsinya. Terdahulu, Sabri Yunos dan Angeline Tan atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan selamat mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober tahun lalu.

Mereka telah dinikahkan oleh Mufti Perlis iaitu Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version