Dah lama berkenalan dengan suami, Jue Aziz tiada niat nak rahsiakan perkahwinan

Pelakon Jue Aziz tiada niat rahsiakan perkahwinan daripada orang ramai selepas selamat bergelar isteri kepada Ridwan Hussien, 34, pada 18 Ogos lalu. Aktres berusia 40 tahun itu berkata, majlis pernikahan itu terpaksa dibuat lebih awal dalam tempoh singkat. Ini bagi memenuhi permintaan ibunya, Nor Asmah yang kurang sihat. “Saya tiada niat untuk rahsiakan majlis pernikahan kerana ia juga berlangsung secara ringkas di masjid dan dihadiri keluarga terdekat.

Saya bersyukur majlis pernikahan berjalan lancar dan segala urusan berkaitan dipermudahkan Allah. Selepas majlis akad nikah, kami buat majlis bersanding secara ringkas di villa berhampiran, sekali gus membawa ahli keluarga bercuti,” katanya. Jue atau nama sebenarnya, Zuliana Abdul Aziz berkata, suaminya itu memenuhi kriteria dicari iaitu rajin bekerja dan sentiasa memberi sokongan kepada bisnes dan karier seni diceburinya.

Katanya lagi, mereka sudah lama berkenalan iaitu selepas dia berpisah dan suaminya bukan orang kenamaan. “Kami sudah kenal lama selepas saya berpisah pada 2018. Suami hanya orang biasa dan bekerja dengan abangnya. Saya juga buat pendedahan ini kerana mahu betulkan persepsi orang bahawa bakal suami saya adalah golongan berada dan kenamaan. Anak sangat gembira saya berkahwin semula dan dapat bapa baharu,” katanya lagi.

Tambah Jue, dia juga merancang mengadakan majlis persandingan dengan mengundang rakan media dan selebriti pada tahun depan. Jelasnya, dia kini sedang sibuk membuat siaran langsung menjual produk dalam media sosial dan hanya sempat pra bulan madu di Kuala Terengganu, baru-baru ini. “Soal anak, jika ada rezeki, kami rancang untuk mendapat seorang cahaya mata perempuan untuk melengkapkan kehidupan rumah tangga,” ujar Jue Aziz.

Terdahulu, Jue berkongsi video majlis pernikahannya yang berlangsung di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan di laman Instagram miliknya. Sekadar info, Jue mendirikan rumah tangga pada 2014 bersama pemuzik dari Indonesia, Bayu Parman, namun berpisah pada 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata dan memiliki seorang anak angkat, Darwish Naufal, 12.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version