Kejadian berlaku di Kepong, ramai yang terkejut jumpa rangka dalam rumah yang dah pergi menghadap illahi 4 tahun lepas

Kecoh di media sosial mengenai penemuan rangka yang dipercayai myt warga emas ditemui atas tilam di sebuah pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur sejak semalam. Myt seorang lelaki warga emas itu ditemukan dalam keadaan cukup menghibakan apabila hanya tinggal tengkorak dan rangka. Memetik sumber Majoriti, jurucakap Balai Polis Kepong mengesahkan kejadian itu, memaklumkan mayat warga emas berkenaan dipercayai mereput sejak empat tahun lalu ditemui oleh anaknya.

“Ya memang ada kes (jumpa mayat reput dalam rumah). Anak mngs membuat laporan polis pada petang Isnin. Maklumat lanjut akan kami kongsikan dalam masa terdekat,” katanya. Sementara itu, menerusi maklumat awal yang dikongsikan di media sosial, mangsa tinggal seorang diri di pangsapuri berkenaan. Katanya, mangsa seorang lelaki berusia umur lingkungan 60-an dan tinggal seorang diri dipercayai kerana sudah berpisah.

Mangsa juga mengajar anak-anak mengaji di kuarters berkenaan dan tiada seorang pun mengetahui mangsa telah pergi menghadapi di dalam rumah itu sendirian sejak empat tahun lalu. “Komuniti pun tak sedar, mangsa pernah maklum dengan orang surau yang hajat nak balik ke kampung, dengan makluman tersebut rakan dan orang surau beranggapan arwah berehat panjang di kampung halaman,” tulis individu itu.

Tambahnya lagi, ketika penemuan rangka itu, ramai yang terkejut kerana tiada sesiapa pun yang mengetahui dan mendakwa tiada bau busuk di kawasan itu. Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai pemergian mangsa. Sumber: Lobak Merah.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version