Tak nak budak lain jadi mangsa seterusnya, bapa dan ibu Al Fateh akan tutut pembelaan atas pemergian anak syurganya

Bapa Al Fateh, Mejar Ir. Ts. Mohd. Fikry Amri Abdul Halim, 39 iaitu bayi yang meninggal dunia di Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) Taman Kelemak, Alor Gajah memaklumkan yang dia tiada akan berdiam diri dan mahu menuntut pembelaan diatas pemergian anak syurganya. Menerusi hantaran yang dibuat oleh Mohd. Fikry di Facebook, dia dan isteri, Sabrina Hakiem Zaini akan memastikan pengasuh serta pengusaha Taska berkenaan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku dan tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Saya dan isteri akan menuntut bela diatas pemergian anak syurga kami. Bukan hanya pengasuh tetapi pengusaha Taska juga perlu bertanggungjawab dan tidak terlepas dari tindakan undang-undang,” tulisnya. Ujarnya, dia berharap agar pihak-pihak berwajib dapat memandang kes ini dengan serius supaya menjadi pengajaran kepada pihak pengasuh dan pengusaha yang lain supaya mematuhi semua aturan yang sudah ditetapkan.

“Saya akan ambil tindakan undang – undang yang maksimum supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada pengasuh dan pengusaha Taska yang lain agar mematuhi SOP dan peraturan yang ditetapkan,” Dalam pada itu, Mohd. Fikry yang bertugas sebagai Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur memohon agar pihak-pihak yang berwajib dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya agar tiada lagi anak-anak taska yang menjadi korban.

“Saya tidak mahu ada lagi anak-anak taska yang menjadi mangsa korban seterusnya. Pihak berwajib sila jalankan amanah dan tanggungjawab. Pangkat dan jawatan diberi adalah untuk berkhidmat kepada rakyat. Nanti di akhirat kelak, kita semua akan dihisab di hadapan Allah,” ujarnya. Bapa Al Fateh juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua terutamanya rakyat Malaysia sangat prihatin terhadap apa yang sedang dilalui.

Mohd. Fikry juga memohon orang ramai dapat mendoakan dia dan isteri kuat menghadapi ujian ini dan kuat untuk berjuang bagi keadilan menuntut bela diatas pemergian anak pertama yang sudah dinanti selama 13 tahun. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi respon dengan menyokong tindakan yang ingin dilakukan oleh pengawai tentera tersebut demi memastikan tiada lagi yang menjadi mangsa kecuaian pihak taska. Mereka juga mendoakan agar urusan keluarga allahyarham Muhammad Al Fateh Amri, 8 bulan dipermudahkan dan pemergian bayi berkenaan dapat dibela.

Terdahulu, tular di media sosial apabila berita tentang pemergian seorang bayi berusia 8 bulan yang dipercayai akibat lemas selepas dihantar di taska di Taman Kelemak. Difahamkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) taska berkenaan memperlihatkan seorang pengasuh telah menyumbat botol susu ke mulut Al Fateh dan menekup bantal ke wajah bayi berkenaan. Susulan daripada itu, seorang pengasuh wanita berusia 34 tahun telah ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version