Rugi beli rumah saiz kotak kasut, perunding hartanah tak setuju dengan kenyataan Diana Danielle

Baru-baru ini, seorang perunding hartanah memberi kenyataan balas berhubung pandangan pelakon, Diana Danielle yang memaklumkan harga rumah di Malaysia agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’. Menerusi hantaran yang dikongsikan di platform Thread, individu terbabit meluahkan rasa kurang setuju dengan pandangan aktres itu. Menurutnya, meskipun rumah tersebut bersaiz kecil tetapi nilainya akan meningkat dari tahun ke tahun.

“Saya nak tambah sikit rumah besar kotak kasut, tapi harga separuh juta pada tahun 2024. Boleh awak bayangkan lepas tahun 2030? Besar kotak tisu tapi harga dah juta? Possiblity it will happen. Sebab apa? Saya bagi contoh lah. Dulu nilai RM50 besar kan. Boleh beli macam-macam tapi sekarang RM50 boleh beli satu-dua benda saja.” Jelas individu ini lagi, rumah adalah tempat tinggal dan ia merupakan keperluan asas yang perlu bagi setiap manusia. Malah, rumah juga adalah satu aset dan pelaburan jangka masa panjang.

“Rumah ni, keperluan asas. Tak beli, kena sewa. Jadi awak nak tunggu harga rumah macam mana dan berapa tahun lagi untuk beli? Emas dan rumah adalah aset dan ianya berbeza dengan liabiliti. Aset ni beli hari ini, untung kemudian. Liabiliti beli hari ini tapi esok nak jual harga dah jatuh. Makin lama makin tak ada nilai kereta tu tapi rumah makin lama, makin naik nilai.”

Tambahnya lagi, pemilihan lokasi adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah. “Maaf Diana Danielle, berpelajaran tidak semestinya awak pakar dalam sesuatu bidang. Saya tak setuju dengan kenyataan awak.” Terdahulu, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu memberitahu bahawa dia tidak bercadang untuk membeli rumah kerana saiznya yang kecil dan mahal malah bimbang akan berdepan kesukaran untuk menjualnya kelak.

Diana kemudian memberitahu dia lebih memilih untuk melabur dengan membeli emas berbanding rumah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version