Shila Amzah kongsi rasa teruja bila dinobatkan sebagai juara mingguan, tak sangka terus layak ke peringkat akhir

Penyanyi, Shila Amzah berkongsi rasa teruja selepas menjadi juara mingguan pada minggu kedua pertandingan nyanyian di China iaitu ‘Singing With Legends’ musim keenam. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pemilik nama Nurshahila Amir Amzah ini dinobatkan sebagai juara mingguan selepas membawakan lagu dua lagu iaitu ‘Bring Me To Life’ dan lagu mandarin bertajuk ‘Ning Meng Cao De Wei Dao’ bersama penyanyi lagenda Taiwan, Julia Peng jia Hui. Klik sini untuk lihat video.

Lebih membanggakan, kemenangan Shila pada minggu kedua itu turut melayakkan dirinya terus ke peringkat akhir pertandingan nyanyian tersebut. “Lupa cakap, saya juara minggu ini dan melayakkan saya terus ke peringkat akhir. Sha nyanyi dua lagu iaitu ‘Bring Me To Life’ bersama Wang He Ye dan lagu ‘Ning Meng Cao De Wei Dao’ bersama penyanyi lagenda Taiwan, Julia Peng jia Hui.

Korang suka yang mana? Sha suka dua-dua (persembahan) sebab seronok sangat dapat menyanyikan dua genre yang berbeza kali ini.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah berbangga dengan pencapaian ibu kepada dua orang anak itu. Sekadar info, penyertaan Shila di pertandingan ‘Singing With Legends’ musim keenam ini merupakan kali ketiga pelantun lagu ‘Patah Seribu’ menyertai pertandingan nyanyian di China.

Antara pencapaian tertinggi Shila ialah beliau berjaya dinobatkan sebagai juara bagi program ‘Asian Wave’ pada 2012 sebelum menyertai program ‘I Am A Singer’ pada tahun 2014.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version