Setelah sekian lama tidak berjumpa, pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof akhirnya pulang ke pangkuan keluarga bertemu ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail. Momen manis pertemuan tersebut dikongsikan oleh Patimah menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada malam Rabu.
Dalam hantaran berkenaan, pengarah filem KL Gangster itu yang mengenakan baju berwarna hitam dilihat memeluk kedua ibu bapanya sambil mengukir senyuman di bibir jelas menunjukkan kegembiraan. Patimah turut menggunakan lagu berjudul Syukran Lillah nyanyian Sabyan sebagai muzik latar yang mana lirik lagu berkenaan mengungkap rasa syukur. Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, turut dilihat bekas isteri kepada Syamsul iaitu aktres Puteri Sarah yang turut bersama meraikan momen bermakna itu.
Sebelum ini, Patima ada memberi bayangan akan berjumpa semula dengan anaknya dan akhirnya hasratnya dimakbulkan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.