Dituduh buat saluran telegram untuk jatuhkan bekas suami, sekali ini pula respon dari Cik Epal

Usahawan dan pempengaruh, Cik Epal menjawab dakwaan sengaja membuka sebuah saluran Telegram semata-mata untuk menjatuhkan maruah bekas suaminya, Jofliam. Cik Epal bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut menerusi hantaran terbaharu di Insta Story miliknya hari ini. Menurut Cik Epal, dakwaan tersebut adalah fitnah semata-mata.“Aku tak buat Telegram channel ini. Sesiapa yang buat kenyataan menuduh aku buat Telegram ini adalah satu fitnah,” tegasnya.

Menjelaskan lagi perkara itu, Cik Epal berkata dia tidak pernah berlindung di sebalik akaun palsu. “Aku ada platform aku sendiri, kenapa aku perlukan Telegram? Dari dulu pun aku guna media sosial aku dan aku tak pernah berselindung di sebalik fake account. Berani kerana benar,” tulisnya. Terdahulu, tular sebuah saluran Telegram bernama ‘Edisi Siasat Jofliam & Dewi” yang dikatakan membuat pendedahan tentang kisah bekas suaminya itu.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version