Minta orang ramai doakan yang baik baik, Puteri Sarah tak tolak kemungkinan untuk kembali bergelar isteri

Advertisements
Advertisements

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana, tidak menolak kemungkinan untuk kembali membina mahligai perkahwinan jika takdir menentukan jodohnya tiba pada saat yang tepat. Ketika ditemui, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, sebaliknya memohon doa yang baik-baik daripada orang ramai. Sarah menjawab demikian ketika diajukan pertanyaan mengenai kemungkinan bakal kembali bergelar isteri pada tahun 2025.

Tambah Sarah lagi, segala hal berkaitan jodoh adalah ketentuan Allah SWT dan dia hanya mengharapkan yang terbaik. “Doa yang baik-baik.” Dalam pada itu, Puteri Sarah turut menegaskan bahawa hubungannya dengan aktor Indonesia, Andy Arsyil, tidak lebih daripada sekadar rakan perniagaan. “Andy adalah rakan bisnes saya, kami dah buat bisnes bersama selama dua tahun. Jadi, doakan yang terbaik walau siapapun jodoh saya.”

Sarah berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi bagi drama sempena Ramadan Raya yang berlangsung di Bandar Utama, pada Selasa. Dalam pada itu, pelakon drama Polis Peronda ini juga menyatakan bahawa dia tidak pernah membincangkan soal perkahwinan dengan anak-anaknya iaitu Syaikul dan Sumayyah. Hal ini kerana mereka berdua masih kecil dan belum memahami situasi yang berlaku.

“Saya tak pernah tanya anak-anak hal ini (berkahwin) sebab mereka pun masih tak tahu apa yang terjadi. Saya pun tak pernah bercakap atau menceritakan kepada mereka apa sebenarnya yang berlaku. Mungkin sebab anak-anak saya ada sokongan yang banyak daripada nenek, datuk serta datuk dan datin. Mereka juga ada saudara mara, rakan-rakan jadi sampai sekarang mereka masih bahagia dengan hidup mereka. Mereka tak merasai benda tu.”

Susulan daripada apa yang berlaku, Sarah percaya bahawa pentingnya mewujudkan persekitaran yang positif untuk anak-anak agar mereka terus menikmati kebahagiaan selain ibu memainkan peranan penting dalam mencipta emosi anak-anak. “Mungkin kalau anak-anak yang ada depresi atau merasa kehilangan, baru mereka akan bertanya. Sebab itu lah penting untuk ada persekitaran yang positif untuk anak-anak. Itulah pentingnya seorang ibu itu untuk bahagia dulu, contoh kalau saya pun bersedih, menangis dengan apa yang berlaku, mesti anak-anak pun merasai benda tu.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version