Jual shell out dengan harga RM3, peniaga nafi ganggu harga pasaran peniaga lain

Seorang peniaga yang dikenali sebagai Ain menafikan dirinya sengaja mengganggu harga pasaran peniaga lain disebabkan dia menjual hidangan ‘shell out’ berharga RM3. Menerusi perkongsian di TikTok, peniaga tersebut berkata, hidangan itu dijual dengan harga mampu milik kerana sasaran pembeli adalah golongan yang tidak berkemampuan. Klik sini untuk lihat video.

“Ramai tak puas hati apabila saya jual shellout RM3, kata saya merosakkan harga market peniaga lain. Saya bukan merosakkan, shellout saya RM3 adalah untuk semua orang merasa. Mana yang tak mampu, dapat lah rasa. Kalau kalian yang mana banyak duit dipersilakan support peniaga yang jual lebih mahal. Saya tiada masalah atau isu pun.”

Kongsi usahawan itu lagi, kuantiti hidangannya juga sesuai dengan harga yang dijual. “Saya buat untuk mereka yang senasib dengan saya, hidup sederhana. Isi shellout saya pun sepadan dengan harga, bukannya ada ‘king crab’, ‘lobster’ bagai. Untuk semua orang merasa, yang mengadu itu jangan nak merentan sangat. Saya tak ambil pun pelanggan orang lain.”

Tidak hanya ‘shell out’, difahamkan semua jenis hidangan dan makanan yang dijual Ain berharga RM3. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version