Jangka sampai ke Hatyai pada hari jumaat, Amar Baharin dah kayuh basikal hampir 300 kilometer

Advertisements
Advertisements

NAMPAKNYA pelakon Amar Baharin memang tidak main-main dengan aktiviti berbasikal apabila kini dalam misi kayuhan dari Kuala Lumpur ke Hatyai di Thailand. Amar atau Amar Mohd Baharin, 40, tidak berseorangan sebaliknya ditemani oleh jurulatihnya dikenali sebagai Ady menyelesaikan perjalanan memakan jarak sejauh 550 kilometer. Berkongsi mengenai misi berkenaan, Amar memberitahu kayuhan dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim pada hari pertama turut ditemani oleh rakan-rakan daripada komuniti berbasikal Seven Cycle.

“Doakan perjalanan kami untuk hari kedua. Kami memulakan kayuhan dari Kampar sampai ke Bagan Serai dalam 150 kilometer.Doakan perjalanan kami dan kami doakan anda semoga baik-baik sahaja,” ujarnya. Sementara itu, Amar ketika dihubungi menjangkakan akan sampai ke Hatyai pada Jumaat ini. Kata Amar, setakat hari kedua kayuhan tersebut dia tidak mengalami sebarang kesukaran sebaliknya hanya kepenatan disebabkan cuaca panas. “Insya-Allah esok (Khamis) kami akan bergerak dari Parit Buntar sampai ke Alor Star dan berehat sebelum meneruskan perjalanan.

Dari Alor Star kami akan terus kayuh ke Hatyai dan insya-Allah kami sampai ke sana pada Jumaat ini,” katanya. Menjengah ke Instagram isterinya iaitu Amyra Rosli, aktres itu berkongsi perasaan tidak dapat tidur malam kerana bimbang akan suaminya. Pelakon itu juga memohon orang ramai agar mendoakan keselamatan suaminya sepanjang perjalanan. “Saya rasa tidak boleh tidur malam ini sebab buah hati nak kayuh sampai ke Thailand. Doakan perjalanan suami saya,” katanya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version