GOSIP kononnya Emma Maembong sudah menamatkan zaman janda dengan seorang deejay sebuah kelab kembali rancak diperkatakan sejak kebelakangan ini. Ia susulan lelaki itu sendiri dikenali sebagai DJ Kidd memuat naik beberapa video menunjukkan kemesraan mereka dengan kapsyen yang memberi bayangan mereka adalah pasangan suami isteri. Terkejut dengan perkara tersebut, abang iparnya yang juga penyanyi Cat Farish menyangkal dakwaan dibuat lelaki berkenaan.
Sebaliknya Cat menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan dan pembantu peribadi kepada Emma. “Siapa yang tidak obses dan mahu kahwin dengan Emma? Setahu saya sebagai yang pernah berjumpa dengannya (DJ Kidd), dia hanyalah seorang pembantu peribadi sahaja. Hanya tengokkan anak Emma, bawa Emma pergi makan. Tidak pernah terlintas di fikiran saya mereka ada hubungan mesra,” katanya.
Cat berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Karnival Warisan @ Saloma di Saloma Kuala Lumpur, pada Khamis. Dalam pada itu, Cat menganggap lelaki tersebut sebagai obses terhadap Emma dan apa dilakukan sudah menyebabkan banyak pihak salah faham. “Tidak salah nak ‘crush’ kepada seseorang tetapi janganlah beri kenyataan bertepuk sebelah tangan. Dia (DJ Kid) ini tidak dapat layanan sebagai teman lelaki pun,” jelas Cat lagi.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.