SEMINGGU berdiam diri, pempengaruh (influencer) yang terlibat dalam pembikinan ‘content’ di hutan Bandung, Indonesia bersama personaliti media sosial kontroversi, Ammar Nazhan dan Aras Abdullah, akhirnya tampil ‘bersuara’. Menerusi laman sosialnya, influencer yang dikenali sebagai Eyka, membuat permohonan maaf susulan penglibatannya dalam ‘content’ berkenaan mendapat kecaman pelbagai pihak.
“Saya ingin memohon maaf atas segala apa yang berlaku. Apa yang saya ingin katakan, saya menerima banyak lontaran dan makian terhadap saya. Tetapi saya meminta tulus dari hati jangan mengganggu ataupun menghina family saya sebab mereka tiada apa-apa kesalahan,” tulisnya dalam kenyataan yang dimuat naik di TikTok. Eyka atau Nur Syafiqah, 22, dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih atas teguran dan nasihat yang diberikan susulan kontroversi berkenaan.
Eyka bagaimanapun menutup ruangan komen dalam hantaran yang dimuat naik pada Selasa itu. Usaha untuk menghubunginya bagi mendapatkan kenyataan lanjut bagaimanapun tidak berhasil kerana panggilan yang dibuat tidak berjawab. Sementara itu, tinjauan terhadap laman TikTok milik influencer itu mendapati dia turut memuat naik satu hantaran terbaharu pada tengah hari Rabu.
Dalam ruangan komen pada hantaran bagi mempromosi satu jenama produk penjagaan rambut itu, ada warga maya yang tampil melontarkan kata-kata sinis terhadapnya. “Berani buat berani tanggung. Sakai. “Keluar sajalah dari team Ammar tu,” komen warganet. Namun ada juga yang memberikan kata semangat buat influencer berkenaan.
Sehingga kini, hantaran tersebut meraih lebih 258,000 jumlah tontonan. pada minggu lalu melaporkan Eyka hilang semasa melakukan aktiviti paranormal di Makam Keramat Hutan Bambu di Bandung, Indonesia. Selepas tiga hari dilaporkan hilang, Eyka akhirnya ditemukan pada pukul 10 malam, Rabu minggu lalu, dalam keadaan yang lemah.
Bagaimanapun, pada keesokannya, pihak berkuasa Indonesia mengesahkan kehilangan Eyka adalah palsu dan ia merupakan kandungan sensasi yang dibuat untuk meningkatkan jumlah tontonan. Susulan itu, Ammar dan Aras tampil membuat permohonan maaf selepas memalsukan laporan kehilangan Eyka.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.