Hampir genap setahun dah, kes simbah asid Faisal Halim masih misteri

Advertisements
Advertisements

Sedar atau pun tidak, kes simbah asid melibatkan pemain Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim hampir genap setahun. Kes tersebut bagaimanapun masih belum ada perkembangan serta tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. Malah, perkembangan siasatan berhubung kes terbabit juga ‘tergantung’ dengan pihak Selangor FC (SFC) tidak mengetahui sejauh mana perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa. Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC, Dr Johan Kamal Hamidon mengakui, pihaknya masih menunggu hasil siasatan kes itu.“Buat masa ini memang tak ada (laporan dari pihak berkuasa). Buat masa ini kita belum ada apa-apa lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Johan turut berkongsi mengakui beberapa tindakan lanjut sudah dilakukan bagi menunaikan hasrat kerajaan negeri untuk membantu dengan mendapatkan peguam terbaik bagi mengendalikan kes tersebut. “Pihak kerajaan itu saya fikir, itu satu inisiatif daripada pihak mereka untuk mendapatkan peguam, buat masa ini tak ada apa-apa lagi. Dalam dua ke tiga minggu lalu, pihak peguam ada membuat beberapa perkara tapi tidak ada apa-apa perkembangan lagi,” katanya lagi.

Pada 5 Mei tahun lalu, penjaring gol terbaik Piala Asia 2023 itu dilaporkan mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali. Susulan itu, Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey terpaksa menjalani operasi beberapa kali ekoran insiden itu.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version