Nama tiba tiba terkenal di Malaysia, Fuji puji sikap peminat yang sopan santun

Advertisements
Advertisements

Personaliti media sosial asal seberang, Fujianti Utami meluahkan rasa syukur apabila kehadirannya ke Malaysia disambut baik oleh peminat. Bukan itu sahaja, gadis berusia 22 tahun itu juga memuji sikap peminat di Malaysia yang dianggap sopan ketika bertemu dirinya. “Saya bersyukur tak sangka nama saya tiba-tiba terkenal di Malaysia kerana biasanya saya di Indonesia sahaja, saya sangat bersyukur dan teruja dengan rezeki yang saya terima di negara jiran ini.

Saya terkejut dan terharu dengan penerimaan baik peminat di sini. Ramai yang datang beri sokongan. Sebelum sesi ini, saya terfikir juga bagaimana nanti reaksi peminat di sini nanti. Alhamdulillah, sambutannya baik sekali. Ada yang minta untuk bergambar dan memanggil nama kami. Semuanya okay. Malah peminat di sini juga sangat sopan.

Jika mahu bergambar, mereka akan minta izin terlebih dulu,” ujarnya ketika ditemui pada sesi Meet & Greet HijabistaHub x Tune Talk Raya Paling Epik di Setia Alam, baru-baru ini. Sekadar info, ini merupakan kali pertama Fuji dilantik sebagai duta busana raya di Malaysia. Turut hadir dalam acara tersebut ialah pelakon Ipar Adalah Maut, Davida Karamoy, salah seorang ‘muse’ HijabistaHub 2025, Zizan Razak serta Pegawai Eksekutif (CEO) baharu mereka, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Sebagai pelengkap, turut diumumkan barisan ‘muse’ HijabistaHub 2025 selain Zizan, iaitu Emma Maembong, KRU, Maya Karin, Nasha Aziz, dan The Sara Sisters. Sementara pelantikan usahawan kosmetik, Aliff Syukri, sebagai CEO baharu pula diharap dapat membawa jenama ini ke tahap yang lebih tinggi dan inovatif. Acara juga diserikan dengan persembahan penyanyi, Iman Troye yang menyampaikan beberapa buah lagu.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version